Sekarang ramai yang dah ada steam iron mcm ni di rumah kan? Dah macam keperluan wajib pulak.
Ada dari jenama philips, tefal, morphy richards dan banyak lagi la..
Jadi amatlah penting, untuk kita tahu cara cara penjagaan steam iron philips ni dengan betul.
Tapi sebelum tu, mungkin boleh saya ambil kesempatan ni nak kenalkan diri sikit.
Saya Mohd Humaizi Ismail, atau dikenali sebagai Humaizi Kipaspro, kalau ikutkan bidang, saya telah berkecimpung dalam bidang jana kuasa elektrik ini lebih dari 10 tahun dan latar belakang saya adalah dari Jurusan Elektrik & Elektronik .
Jadi insyallah tips yang bakal saya share nanti, adalah dari hasil pembelajaran dan pengalaman sendiri saya dalam bidang ini. Sebab Proses steam iron ni jugak adalah salah satu proses dari penjanaan kuasa, tapi proses dia lebih mudah dan ringkas.
Tips 1
Paling Penting!
Untuk kesemua jenis steam iron. Tak kisah apa jenama dan jenis sekalipun.
Jangan sesekali guna air paip @ air yang tak bertapis. Tambah2 kalau kawasan anda tinggal tu, kualiti air dia teruk.
Sebab apa?
Untuk terangkan bab ni. Anda perlu guna teknik bayangan sikit 😄
Cuba anda perhatian Kittle air @ jug air yang kita masak di rumah. Perasan tak bahagian tapak dia. Lama kelamaan bila kita guna untuk memasak air. Tapak dia akan bertukar berwarna kuning/emas. Benda tu terjadi sebab, kandungan mineral/benda asing yang terdapat dalam air paip tersebut.
Kaitannya dengan steam iron adalah,
Di dalam steam iron, terdapat beberapa kompenan yang sangat sensitif. Jika kita menggunakan air paip, bila proses pemanasan air untuk keluar menjadi steam/wap, dia akan tinggalkan benda2 asing tersebut di dalam kompenan. Bayangkan kita mengosok setiap hari, benda asing tersebut boleh berkumpul dan menyebabkan kompenan2 di dalam steam iron tersumbat. Bila tersumbat dia boleh menyebabkan berlakunya beberapa komplikasi ( yg ni saya terangkan lebih lanjut next entry )
Antaranya wap tak dapat keluar, kompenan rosak, wap sikit, kedut tak hilang semasa mengosok, keluar putih putih semasa mengosok dan banyak lagi komplikasi lain.
Nak tengok contoh tersumbat tu macam mana? Ni salah satunya..
Gambar atas ni, salah satu kes yang kami terima. Keadaan memang teruk la. Habis berpasir sampai tersumbat.
Kalau keadaan dalam macam ni, agak2 steam iron kita nak keluar wap tak? Kalau rosak ni, salah iron ke salah kita? Sebab tu cara penjagaan steam iron philips yang betul ni sangat penting! Step mudah..tinggal ikut je.
Banyak lagi info yang saya nak share.
Yang ni baru 1 tips. Insyallah saya cuba cari masa untuk mengarang.
Siapa yang guna steam iron philips atau apa2 brand sekalipun, cuba kongsikan pendapat anda pulak dekat bawah
You should take part in a contest for one of the greatest blogs on the web. I most certainly will recommend this website!
Thanks!